Site icon TechNave BM

Gambar penuh realme GT muncul dalam talian, juga dikesan di Geekbench

realme bakal melancarkan telefon kelas andalan mereka, realme GT 5G di China pada hari khamis hadapan, 4 Mac. Beberapa hari sebelum pelancaran, telefon ini telah dikesan di laman web penanda aras Geekbench. Pada masa yang sama, bekas eksekutif OPPO, Brian Shen telah mengongsikan beberapa gambar telefon realme GT 5G.

Di penyenaraian Geekbench 5, realme GT 5G ataupun telefon dengan nombor model RMX2202 dilihat hadir dengan cipset Snapdragon 888, RAM 12GB serta perisian Android 11. Telefon ini mampu untuk mendapat markah setinggi 1138 untuk teras tunggal dan 3572 untuk teras pelbagai.

Sebelum ini, peranti ini juga telah dikesan di Antutu dengan skrin 120Hz, RAM LPDDR5 12GB, storan UFS 3.1 256GB, Snapdragon 888 dan perisian Android 11.

Untuk spesifikasi lain, realme GT dikhabarkan akan dilengkapi kamera utama 64MP dengan dua lagi kamera 13MP. Tambahan lagi, ia juga akan menyokong pengecasan pantas 65W dan bicu audio 3.5mm.

Bekas eksekutif OPPO, Brian Shen mengongsikan dua gambar realme GT 5G di laman sosial Weibo. Gambar yang pertama menunjukkan model realme GT 5G versi kulit seakan Bumblebee, manakala gambar kedua menunjukkan kotak rasmi realme GT 5G.

realme GT 5G dijangka akan dijual pada tanda harga 2,999 Yuan (~RM1,880). Dari segi harga, telefon ini akan bersaing dengan siri Redmi K40 yang dijual bermula 2,799 Yuan (~RM1,754).

Telefon ini sememangnya adalah peranti hangat yang dinanti ramai selepas ianya mendapat tempahan melebihi 1 juta unit khamis lalu.

Adakah anda meminati realme GT 5G? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version