Site icon TechNave BM

Gambar peranti gaming Lenovo Legion bocor, hadir bersama aksesori gaming

Ada antara kita yang agak terkejut dengan pengumuman Lenovo untuk mengeluarkan peranti baharu. Syarikat itu tidak menunjukkan fokus kepada telefon pintar beberapa tahun ini, tetapi merancang untuk mengeluarkan telefon pintar gaming Lenovo Legion pada tahun 2020. Terkini, gambar yang memperlihatkan peranti dibocorkan di Weibo.

Melalui pembocoran ini, kita dapat lihat bayangan bahagian hadapan dan belakang peranti bersama kehadiran aksesorinya. Seperti yang kita lihat daripada gambar, terdapat dua bahagian pelindung pada belakang peranti, sepasang controller yang boleh disambungkan pada peranti dan perumah kecil yang mengandungi sepasang earbuds. Apa yang menariknya, Lenovo mungkin menjual peranti ini sebagai set, seperti suitcase bundle ROG Phone 2.

Berkenaan spesifikasi, kita sudah sedia maklum bahawa ia bakal hadir dengan cipset Snapdragon 865. Selain itu, ia turut dilengkapi sokongan rangkaian 5G, solusi penyejukan terbaru dan sokongan pengecasan pantas 55W. Memandangkan ia adalah telefon pintar gaming, kami menjangkakan ia bakal hadir sekurang-kurangnya dengan RAM 8GB dan storan 256GB.

Masih banyak yang kita tidak tahu mengenai peranti ini, tetapi anda boleh menjangkakan kemunculan maklumat bocor dan acahan (teaser) pada minggu yang seterusnya. Dengan ini, telefon pintar gaming manakah yang menarik minat anda untuk tahun 2020? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama TechNaveBM.com untuk berita selanjutnya.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version