Site icon TechNave BM

Gambar promo Samsung Galaxy S21 FE tertiris, sahkan reka bentuk dan warna

Samsung dikhabarkan akan melancarkan Samsung Galaxy S21 FE dalam beberapa bulan akan datang. Terbaru, gambar promo rasmi peranti tersebut telah muncul dalam talian menunjukkan reka bentuk dan warnanya.

Melihat kepada gambar tersebut, terdapat beberapa warna yang ditawarkan iaitu putih, kelabu, ungu dan hijau muda. Selain itu, peranti ini juga dilihat hadir dengan modul kamera tri dan menggunakan rangka polikarbonat seperti Galaxy S21 FE.

Modul kamera peranti ini dilihat tidak hadir dengan bonggolan yang tinggi dan bucu telefon ini adalah lebih licin berbanding khabar angin sebelum ini.

Apa pun, Samsung tidak akan melancarkan peranti ini sehingga bulan October ini. Penangguhan ini mungkin disebabkan kekurangan cipset Snapdragon 888.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version