Site icon TechNave BM

Gambar prototaip HUAWEI P50 tunjuk reka bentuk modul kamera yang baru!

HUAWEI dijangkakan akan melancarkan telefon siri P50 pada bulan Jun ini dengan perisian Harmony OS 2.0. Sebelum ini, gambar imej janaan komputer HUAWEI P50 telah muncul dalam talian dengan dua kamera bulat yang besar.

Terbaru, beberapa gambar prototaip HUAWEI P50 telah muncul dengan reka bentuk yang berbeza. Prototaip HUAWEI P50 ini dilihat hadir dengan satu kamera bulat sama seperti rekaan Mate30.

Telefon ini juga dilihat tidak mempunyai butang kawalan suara, sama seperti HUAWEI Mate30 sebelum ini. Gambar prototaip ini mungkin adalah gambar yang palsu kerana HUAWEI sering kali akan menghasilkan reka bentuk baru untuk generasi telefon andalan mereka yang baru.

Adakah anda merasakan prototaip ini rekaan sebenar HUAWEI P50? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version