Site icon TechNave BM

Gambar prototaip iPhone 13 mini tertiris, tampilkan rekaan pepenjuru untuk lensa kamera

Sebelum ini, terdapat berita tentang imej janaan komputer yang menunjukkan bahawa iPhone 13 mini mungkin akan dilengkapi susunan lensa kamera secara pepenjuru (diagonal). Kini terdapat sebuah gambar untuk prototaip iPhone 13 mini yang mengukuhkan lagi berita tersebut.

Gambar yang telah tertiris itu menunjukkan rekaan bonggol kamera yang mempunyai lensa disusun secara berpenjuru. Memandangkan iPhone 12 mini dan iPhone 12 mempunyai rekaan luaran yang serupa, kita boleh jangkakan iPhone 13 untuk mempunyai bonggol kamera yang sama dengan iPhone 13 mini dalam gambar tersebut.

Prototaip untuk iPhone 13 mini

Dua lensa dalam telefon ini dikhabarkan disusun demikian bagi memberi laluan kepada sensor kamera yang lebih besar dalam iPhone kali ini. Walau bagaimanapun, perlu diingati bahawa masih lama lagi sebelum siri iPhone 13 akan dilancarkan dan Apple mempunyai masa yang banyak sebelum memuktamadkan rekaan akhir untuk iPhone 13 mini.

Untuk maklumat tentang khabar iPhone 13 setakat ini, jangan lupa untuk tonton video kami di mana kami kumpulkan segala informasi tentang siri telefon tersebut:

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version