Site icon TechNave BM

Gambar rasmi OPPO A92 dengan RAM 12GB muncul

Beberapa gambar rasmi telefon pintar OPPO A92s telah dikenal pasti di PlayfulDroid.com yang menunjukkan rekaan telefon tersebut serta warna-warna yang ditawarkan. Terdapat juga kemungkinan bahawa telefon itu akan dilengkapi paparan dengan kadar segar semula (refresh rate) 120Hz atau kadar sentuhan (touch sampling rate) yang lebih responsif.

Daripada segi spesifikasi, OPPO A92s mungkin akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 800, RAM sehingga 12GB, ROM sehingga 256GB, paparan FHD+ 6.57 inci dan bateri 3,920mAh.

Daripada segi kamera, media melaporkan ia akan dilengkapi kamera belakang 48MP + 8MP + 8MP + 2MP dan kamera hadapan 16MP + 2MP. Walau bagaimanapun, ini bukanlah maklumat rasmi daripada OPPO jadi maklumat ini termaktub kepada perubahan.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO A92s dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version