Site icon TechNave BM

Gambar rasmi OPPO Reno5 didedahkan, akan dilancar pada 10 Disember

OPPO telah mengesahkan tarikh pelancaran untuk peranti seterusnya dalam siri Reno, OPPO Reno5, di mana ia akan dilancarkan pada hari Khamis, 10 Disember di China. Di samping itu, OPPO turut menyediakan gambar rasmi untuk telefon tersebut.

OPPO akan memasarkan telefon tersebut sebagai sebuah “telefon video potret”, dengan empat kamera di belakang di mana tiga kamera tersebut mempunyai saiz lensa yang besar. Siri OPPO Reno5 dijangka akan terdapat dalam tiga varian iaitu Reno5 dengan cipset Snapdragon 765G, Reno5 Pro dengan cipset Dimensity 1000+ dan Reno5 Pro+ dengan Snapdragon 865.

Ketiga-tiga varian dijangka akan dilengkapi pengecasan pantas 65W. Biasanya siri OPPO Reno terdiri daripada telefon kelas pertengahan, namun kehadiran Dimensity 1000+ dan Snapdragon 865 akan membuatkannya lebih mirip kepada kelas andalan (flagship) seperti OPPO Find dan OPPO Ace.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO Reno5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo, IT Home

Exit mobile version