Site icon TechNave BM

Gambar rasmi realme GT dipaparkan di MWC Shanghai!

Acara Mobile World Congress (MWC) Shanghai akan bermula esok pada 23 Januari ini. Namun, sebelum acara itu berlangsung, gambar ruang pameran syarikat realme sudah pun diambil oleh pekerja yang terlibat dengan acara tersebut.

Gambar tersebut menunjukkan reka bentuk rasmi telefon andalan realme, realme GT yang akan dilancarkan pada 4 Mac ini di China. Sama seperti yang kami laporkan sebelum ini, realme GT kini sah hadir dengan reka bentuk berwarna hitam kuning dengan panel belakang kulit.

Selain dari itu, gambar tersebut juga menunjukkan bahawa peranti realme GT dilengkapi kamera utama 64MP serta sebuah lagi kamera (mungkin kamera ultra lebar).

Sebelum ini, realme telah mengesahkan bahawa realme GT akan dikuasai oleh cipset Snapdragon 888, RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1 256GB. Pada bahagian depan pula, ia akan hadir dengan skrin AMOLED 120Hz dengan sensor cap jari bawah skrin.

realme GT juga dikhabarkan akan mempunyai pengecasan pantas 65W bukannya 120W seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Adakah anda menantikan peranti ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version