Site icon TechNave BM

Gambar realme Koi didedahkan, dilengkapi Snapdragon 888, 3 kamera utama 64MP

Baru-baru ini, realme telah mengesahkan nama peranti pertama Snapdragon 888 dari jenamanya adalah realme Koi. Terkini, terdapat sumber yang mendedahkan gambar dan mendakwa ianya adalah peranti realme Koi yang sebenar.

Terdahulu, terdapat beberapa gambar yang didakwa sebagai realme Koi juga (dengan nama kod realme Race). Namun, gambar terkini sepertinya jelas menunjukkan warna yang cantik seakan ikan koi. Peranti yang didakwa sebagai realme Koi ini dilihat memiliki sensor tiga kamera utama bersama lensa utama 64MP.

Menurut sumber lepas, peranti ini juga dilapor akan hadir dengan pengecasan pantas 125W yang mampu mengecas bateri 4000mAh hanya dalam masa 20 minit sahaja.

Setakat ini, desas-desus mengatakan realme Koi bakal dilancar pada awal tahun 2021, tetapi masih tidak diketahui tarikh rasminya. Apakah pandangan anda jika ini adalah rekaan realme Koi yang sebenar? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version