Site icon TechNave BM

Gambar realme X7 Max 5G dikongsi sebelum pelancaran rasmi pada 31 Mei

realme bakal melancarkan telefon pintar andalan realme X7 Max 5G pada 31 Mei di India, namun seorang wakil daripada syarikat itu telah pun mengongsikan beberapa gambar peranti tersebut termasuk kandungan kotaknya.

Gambar-gambar itu menunjukkan telefon realme X7 Max 5G yang akan dibungkuskan dalam kotak berwarna putih. Selain telefon tersebut, ia akan didatangkan dengan sarung silikon, manual Quick Start Guide, alat kad SIM, pengecas 50W Dart Charge dan kabel pengecas.

Wakil realme itu mengatakan beliau bakal berkongsi lebih banyak butiran tentang realme X7 Max 5G pada setiap hari sehingga pelancarannya pada 31 Mei. Laman web khas untuk telefon itu sudah pun dibina dalam laman web realme India di mana spesifikasinya menyatakan telefon itu akan dilengkapi skrin Super AMOLED Full HD+ 120Hz yang mempunyai keterangan 1000 nits, gamut warna DCI-P3 dan nisbah kontras warna 8,000,000:1.

Ia dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 1200, manakala pengecasan 50W pula mampu mengecas baterinya sebanyak 50% dalam masa 16 minit sahaja namun realme tidak mengesahkan kapasiti bateri tersebut. Kameranya terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Selain itu, telefon ini mempunyai bicu audio 3.5mm dan port USB-C.

realme X7 Max 5G dijangka merupakan sebuah telefon yang dilancar semula untuk pasaran antarabangsa, iaitu realme GT Neo yang telah pun dilancar di China pada awal tahun ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme X7 Max 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: realme India

Exit mobile version