Site icon TechNave BM

Gambar Samsung Galaxy A52 5G tertiris, tidak banyak beza dengan Galaxy A51

Maklumat untuk telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy A52 5G kini telah pun muncul, dengan gambarnya yang telah dibocorkan kepada pihak media. Daripada segi luaran, Galaxy A52 5G tidak banyak perubahannya berbanding Galaxy A51, dengan corak garisan dan warna yang hampir serupa.

Walau bagaimanapun, bonggol kameranya lebih besar sedikit dan lensanya lebih lebar seperti yang terdapat dalam Samsung Galaxy Note20 Ultra. Terdapat juga cincin besi yang terdapat di sekeliling lensa-lensanya.

Galaxy A52 5G akan mempunyai saiz yang lebih besar sedikit berbanding A51, di mana dimensi A52 5G adalah 159.9 × 75.1 × 8.4mm iaitu 1mm lebih panjang, 1.5mm lebih lebar dan 0.3mm lebih nipis berbanding A51. Bicu audio 3.5mm masih dikekalkan dalam Galaxy A52 5G, manakala permukaan belakangnya dibuat daripada plastik dan rangkanya pula dibuat daripada besi.

Tiada maklumat tentang harga atau keberadaan Galaxy A52 5G dalam masa terdekat. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: VOICE

Exit mobile version