Site icon TechNave BM

Gambar Samsung Galaxy Note 10 Lite dengan reka bentuk kamera baru terbongkar

Trilogi siri Samsung Galaxy Note 10 mungkin masih berterusan melalui pendedahan terkini. WinFuture melaporkan pembongkaran gambar peranti seterusnya yang mungkin dimiliki oleh Galaxy Note 10 Lite. Apa yang menariknya di sini, reka bentuk kamera kelihatan berubah berbanding Samsung Galaxy Note 10.

Masih tiada pendedahan terhadap spesifikasi penuh peranti ini. Walau bagaimanapun, gambar tersebut memperlihatkan pengekalan paparan skrin berlubang untuk kamera hadapan. Paling utama, reka bentuk tiga kamera di panel belakang berbentuk segi empat tepat. Bayangan reka bentuk kamera ini boleh dilihat pada beberapa peranti yang berada di pasaran sekarang seperti iPhone 11.

Sumber: WinFuture
Sumber: WinFuture
Sumber: WinFuture

Pendedahan gambar turut memperlihatkan pilihan warna peranti seperti hitam, merah dan warna bergradien. Tambahan dari The Verge pula, ciri S-Pen mungkin akan dipertingkatkan. Namun, perlu diingatkan bahawa jika ini adalah versi Lite, anda sepatutnya menjangkakan spesifikasi yang mungkin sedikit berkurang. Mungkin anda boleh merujuk spesifikasi Galaxy Note 10, tetapi merendahkan tahap jangkaan anda bersesuaian dengan versi Lite.

Anda bercadang untuk mendapatkan Samsung Galaxy Note 10, tetapi dengan harga yang lebih berpatutan? Mungkin anda boleh menunggu berita ini menjadi kenyataan. Lontarkan pandangan anda di ruangan Facebook dan nantikan lebih berita terkini di TechNaveBM.com.

Sumber

Exit mobile version