Site icon TechNave BM

Gambar Samsung Galaxy S20 bocor

Industri telefon pintar sudah pun kecoh tentang kemungkinan besar bahawa Samsung akan menamakan peranti terbaru dalam siri Galaxy S dengan “Galaxy S20”. Nampaknya khabar angin itu semakin mendapat pengesahan dengan beberapa gambar peranti tersebut yang dimuat naik ke laman web XDA Developers.

Lima keping gambar S20 telah dimuat naik di laman web tersebut oleh sumber yang enggan dinamakan. Gambar tersebut menunjukkan bahagian depan dan belakang peranti tersebut, di mana susunan kameranya menunjukkan sekurang-kurangnya empat kanta yang berlainan. Manakala di bahagian hadapan pula, kamera selfie berada di posisi tengah seperti dalam Galaxy Note 10.

Yang lebih menarik telefon dalam gambar tersebut bukanlah varian S20 yang tertinggi. Akan terdapat varian S20 Ultra yang dikhabarkan akan dilengkapi teknologi kamera yang lebih canggih seperti sensor 108 megapixel. 

Adakah anda berminat dengan Galaxy S20 pada tahun ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Sumber: XDA Developers

Exit mobile version