Site icon TechNave BM

Gambar telefon “gaming” Nubia Red Magic 6 Edisi Tencent Games didedahkan!

Menurut kenyataan rasmi terdahulu, terdapat dua model telefon pintar dalam siri Nubia Red Magic 6. Telefon pintar berfokuskan gaming ini agak popular untuk peminat di pasaran Malaysia. Terkini, imej yang didakwa memaparkan Nubia Red Magic 6 Edisi Tencent Games didedahkan.

Perkara pertama yang paling menarik dalam imej yang mendakwa peranti ini sebagai Red Magic 6 adalah logo Tencent Games. Oleh itu, terdapat spekulasi yang menyatakan bahawa ia adalah Red Magic 6 Edisi Tencent Games. Rekaan panel belakang yang menarik ini turut memperlihatkan tetapan tiga kamera (atau empat) kerana gambar tidak memaparkan badan peranti sepenuhnya.

Terdapat rekaan seperti besi X yang melekap pada panel belakang Red Magic 6 ini. Jika diperhatikan dengan teliti, terdapat lubang-lubang di sisi peranti (berhampiran besi X). Ia berkemungkinan adalah lubang aliran haba sebagai salah satu ciri penyejukan peranti gaming ini.

Red Magic 6 telah disahkan bakal hadir dengan Snapdragon 888, bateri 4500mAh dan sokongan cas pantas 120W. Anda boleh menyemak spesifikasi Nubia Red Magic terdahulu di sini.

Apakah pendapat anda mengenai rekaan telefon gaming ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version