Site icon TechNave BM

Gambar terbaru Samsung Galaxy S21 FE tertiris, mungkin dilancar pada Januari 2022

Telefon pintar Samsung Galaxy S21 Fan Edition (FE) telah mendapat banyak liputan media baru-baru ini, dengan maklumat spesifikasi yang telah tertiris. Kini beberapa gambar yang menunjukkan rupa telefon tersebut telah dimuat naik dalam Twitter oleh @Abhisheksoni130 .

Gambar tersebut menunjukkan rekaan belakang Galaxy S21 FE yang serupa dengan telefon lain dalam siri Galaxy S21, termasuklah bonggol kamera unik di bahagian bucu atas kiri. Sungguh pun begitu, warna bonggol kamera adalah sama dengan keseluruhan badan telefon, berlainan dengan Galaxy S21 biasa yang mempunyai dua tona warna di bahagian belakang.

Di hadapan, ia mempunyai skrin AMOLED berukuran 6.4 inci dengan lubang punch hole untuk kamera swafoto di bahagian tengah.

Setakat ini masih tiada maklumat rasmi tentang Galaxy S21 FE. Ia dijangka akan dilengkapi cipset Snapdragon 888 atau Exynos 2100, bateri 4,500mAh, kadar skrin 120Hz, kadar pengecasan 15W dan kamera utama 64MP.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy S21 FE dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version