Site icon TechNave BM

Gambar HONOR X20 tertiris, mirip HUAWEI Mate 30

Selepas Honor X20 SE diperkenalkan bulan lalu, kini telefon pintar HONOR X20 pula sedang dibangunkan. Dua foto peranti tersebut disiarkan oleh Digital Chat Station iaitu sumber yang boleh dipercayai dari China. Beliau mengatakan masih ada peminat untuk skrin rata di China dan itu salah satu sebab mengapa Honor memutuskan untuk tidak menggunakan kaca melengkung 2.5D pada modelnya kali ini.

Gambar menunjukkan kamera swafoto yang berbentuk pil terletak di bahagian atas kiri telefon pintar tersebut. Tidak ada kunci kuasa yang dapat dilihat, bermaksud ia mungkin betul-betul di bawah butang kawalan suara dan berfungsi juga sebagai pengimbas cap jari.

Reka bentuk belakang mempunyai tiga kamera dan satu lampu kilat LED dalam formasi persegi yang terletak di dalam bulatan gelap. Reka bentuk ini serupa dengan telefon pintar Huawei Mate 30 dan juga Huawei nova 8i yang baru diumumkan.

Secara dekat, ia mempunyai satu kanta bukaan yang luas dan dua kanta yang kecil. Ini bermaksud HONOR X20 mempunyai kamera utama + sensor kedalaman + kombo potret. Honor X20 berkemungkinan akan mengekalkan legasi daripada model X iaitu telefon pintar berpatutan dengan paparan besar, bateri untuk hiburan dan tontonan video.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR X20 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version