Site icon TechNave BM

Gambar Xiaomi Mi 11 hampir putus dua tular, netizen sifatkan sebagai Xiaomi Mi 11 Flip

Semalam, sebuah akaun di laman Twitter telah mendedahkan gambar Xiaomi Mi 11 yang hampir patah sepenuhnya. Kemunculan gambar ini menimbulkan pelbagai spekulasi dari warganet terutama mengenai punca kerosakannya.

Sehingga kini, punca kerosakan badan Xiaomi Mi 11 masih tidak diketahui. Namun, ia dilihat seperti cuba untuk dipatahkan memandangkan badannya hampir patah dan bengkok sehingga hampir 90 darjah.

Terdapat warganet yang menyifatkan keadaan Mi 11 ini sebagai Xiaomi Mi 11 Flip, merujuk kepada peranti boleh lipat Samsung Galaxy Z Flip. Apa pun, setakat ini masih tiada ujian rasmi untuk mematahkan dan mengetahui prestasi tahan lasak Xiaomi Mi 11 (biasanya dilakukan oleh YouTuber popular JerryRigEverything).

Anda boleh menyemak spesifikasi Xiaomi Mi 11 disini.

Menurut anda, apakah punca sehingga peranti andalan Xiaomi Mi 11 hampir patah dua? Beritahu pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version