Site icon TechNave BM

Gambaran tentang Samsung Galaxy Note 20 walaupun siri S20 belum dilancarkan lagi

Hari ini kita dapat lihat syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar bersaing untuk melancarkan jenama mereka tersendiri dalam tempoh tertentu. Lain pula berita mengenai Samsung Galaxy Note 20 yang telah diperkatakan di internet walaupun Samsung Galaxy S20 belum dilancarkan lagi.

Menurut kapsyen pada akaun Twitter Ice Universe yang memberi sedikit gambaran tentang siri Note 20 ini dimana peranti itu akan dilengkapi dengan teknologi dengan kadar penyegaran 120Hz yang lebih terperinci. Malangnya ciapan itu tidak menyatakan sebarang butiran lain dan membuatkan ianya terus menjadi misteri sama ada paparan Siri Note 20 akan menjadi lebih baik daripada siri S20.

Tambahnya lagi, siri Samsung Galaxy S20 akan hadir dengan kadar penyegaran 120Hz, tetapi ianya terhad apabila dilihat dalam resolusi FHD. Berbanding dengan OnePlus, mereka telah berkongsi beberapa butiran mengenai peranti itu yang akan dilengkapi kadar penyegaran 120Hz pada resolusi QHD. Walau bagaimanapun Samsung tetap akan mempersembahkan siri telefon pintar flagship mereka tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan!

Dalam beberapa hari lagi kita akan menyaksikan era baru dimana Samsung telah menyediakan peranti dengan strategi penamaan terbaru mereka pada acara Galaxy Unpacked 2020. Adakah anda teruja menanti peranti baru ini? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan liputan rasmi terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version