Site icon TechNave BM

Gambaran Xiaomi Mi 12 muncul dalam talian, dilengkapi kamera bawah skrin

Terbaru, sebuah gambaran untuk peranti kelas andalan generasi baru Xiaomi Mi 12 telah muncul di dalam talian. Mi 12 dijangka akan dilancarkan pada hujung tahun ini, atau awal 2022.

Melihat kepada gambar konsep tersebut, Mi 12 mempunyai beberapa persamaan dengan Mi 11. Ia hadir dengan bentuk modul kamera yang hampir sama namun, ia dilengkapi beberapa tambahan kamera baru (kami menjangkakan kamera telefoto). Bahagian depannya pula dilihat sama dengan Mi 11, cuma kali ini ia tidak hadir dengan lubang punch hole pada skrinnya.

Jenama Xiaomi pula diletakkan di panel belakangnya, secara menegak dan juga melintang. Semua butang fizikal telefon ini terletak pada bahagian sisi kanan.

Mi 11 dijangka akan menggunakan kamera bawah skrin. Xiaomi telah lama berusaha untuk meletakkan teknologi ini pada telefon pintar mereka. Mi 12 mungkin akan menjadi telefon pintar Xiaomi yang pertama.

Selain Mi 12, Mi MIX 4 juga dikhabarkan akan dilancarkan pada tahun ini. Peranti juga dikatakan akan menggunakan kamera bawah skrin.

Apa pun, ini hanyalah konsep telefon sahaja. Ia tidak melambangkan reka bentuk akhir peranti andalan Xiaomi ini.

Nantikan berita lanjut mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : AndroidHeadlines

Exit mobile version