Site icon TechNave BM

“Game” binaan rakyat Malaysia, GigaBash, tunjukkan treler terbaru dalam E3 2021

Syarikat pembina game tempatan Passion Republic Games telah melancarkan treler terbaru untuk game mereka, GigaBash. Game ini menampilkan genre battle arena brawler yang mempunyai watak berdasarkan raksasa Kaiju Jepun dan adiwira gergasi yang menentang raksasa tersebut.

GigaBash telah dipaparkan dalam segmen PC Gaming Show semalam yang menunjukkan demonstrasi corak permainan game tersebut. Dalam satu pusingan, empat pemain boleh pilih di antara watak adiwira atau raksasa dan mereka akan berlawan dalam bandar utama yang dikelilingi bangunan tinggi. Rekaan watak serta latar game ini nampak amat serupa dengan siri televisyen Godzilla, Power Rangers, Ultraman dan banyak lagi.

Pemain boleh mengaktifkan kuasa unik pada setiap watak atau gunakan bangunan dan objek besar di sekeliling mereka untuk memusnahkan watak musuh. Selain itu, sebuah meter juga boleh dipenuhkan dan membenarkan pemain untuk bertukar menjadi raksasa yang lebih besar.

GigaBash dijangka akan dilancar pada tahun ini untuk platform PlayStation 4 dan PC. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version