Site icon TechNave BM

Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini dihasilkan dengan mengambil inspirasi reka bentuk melintang daripada konsol klasik Game Boy Advance.

Konkr Pocket Advance dilengkapi skrin LCD berukuran 3.5 inci dengan resolusi 960 x 640 piksel. Paparan ini mengekalkan nisbah aspek 3:2 seperti model asal. Daripada segi kawalan dan ketersambungan, peranti menyertakan set butang ABXY penuh, butang menu serta butang bahu tambahan.

Ia turut disertakan dengan port USB-C, slot kad microSD, sokongan Wi-Fi, Bluetooth, soket fon telinga 3.5mm dan roda pelaras kelantangan bunyi fizikal. Ayaneo menampilkan dua pilihan warna iaitu Navy Blue yang menyerupai warna ikonik Indigo serta Coral Orange yang merujuk kepada varian Spice Orange.

Ayaneo masih belum mengumumkan tanda harga rasmi mahupun tarikh pelancaran pasaran untuk Ayaneo Konkr Pocket Advance. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Ayaneo

Exit mobile version