Site icon TechNave BM

Game e-sukan popular Valorant akan diperkenalkan dalam versi mudah alih

Valorant merupakan sebuah permainan video multi-pemain yang sangat popular dalam platform PC di mana ia sudah pun dikenali sebagai game e-sukan yang sangat kompetitif. Kini, pembina game tersebut Riot Games telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan versi mudah alih untuk game tersebut.

Valorant merupakan sebuah game first-person shooter (FPS) percuma yang mirip dengan Counter Strike dan Overwatch dan ia telah pun mencapai bilangan pemain sebanyak 14 juta orang sejak pengenalannya pada 2 Jun 2020.

Wakil Riot Games mengatakan mereka kini sedang berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan daripada para pemain FPS di seluruh dunia dan bakal menawarkan game tersebut ke dalam telefon pintar dalam masa terdekat.

Memandangkan game seperti PUBG Mobile, COD Mobile dan Fortnite telah pun menjadi sangat popular dalam industri game telefon pintar, tidak mengejutkan bahawa Riot Games ingin membuat perkara sama untuk Valorant.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mencubanya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Eurogamer

Exit mobile version