Site icon TechNave BM

‘Game’ GTA: The Trilogy Definitive Edition bakal dilancar 11 November ini, treler dan kualiti grafik didedahkan

Rockstar baru-baru ini telah mengumumkan bakal melancarkan Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition. Syarikat pembuat game ini telah berkongsi treler dan tarikh keluarannya. Dalam treler tersebut menunjukkan bagaimana grafik game telah dipertingkatkan berbanding GTA 3, GTA: Vice City dan GTA: San Andreas.

Menurut Rockstar, GTA terbaru ini telah disusun semula dan dilengkapi dengan sistem pencahayaan, bayangan, cuaca dan pantulan yang dibina sepenuhnya dengan lebih baik. Model watak, kenderaan, bangunan, senjata dan jalan juga ditingkatkan dengan tekstur beresolusi tinggi.

Pada penghujung video, tarikh keluaran telah didedahkan iaitu pada 11 November untuk digital dan 7 Disember untuk versi CD. Ia akan dilancarkan pada platform PlayStation 5, Xbox Series X/S, Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Rockstar Games Launcher.

Rockstar juga telah mengoptimumkan game tersebut untuk platform yang berbeza. Sebagai contoh, versi Switch akan menyertakan gerakan gyro bersama sokongan skrin sentuh manakala versi PC akan menyokong Nvidia DLSS. Versi PS5 dan Xbox Series X akan dipaparkan pada resolusi 4K sehingga 60 FPS.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan memainkan game ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version