Site icon TechNave BM

‘Game’ Hitman GO percuma di Android dan iOS sehingga 23 April

Nampaknya terdapat lagi game percuma yang boleh dimainkan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, selepas banyak syarikat menawarkan game mereka secara percuma. Terbaru, game mudah alih Hitman GO ditawarkan secara percuma untuk platform Android dan iOS sehingga 23 April ini.

Hitman GO di Google Play Store.

Hitman GO adalah sebuah game turn-based puzzle yang diinspirasikan oleh francais game Hitman di konsol dan PC. Anda akan mengawal protagonis, Agent 47, untuk menyelesaikan tugasan pembunuhan yang diberikan dalam sesuatu peta. Pemain perlu menyusun langkah Agent 47 dalam menyelesaikan tugasannya untuk mengelakkan daripada dikesan dan melepasi sebarang halangan yang muncul.

Ia mempunyai arahan seni yang sangat unik dan corak permainannya pula ringkas dan mudah difahami jadi ia sesuai dimainkan dalam untuk sesi gaming pendek. Jika anda mendapatkannya di Play Store atau App Store sebelum 23 April, game itu akan menjadi milik anda selama-lamanya.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan memainkan Hitman GO dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version