Site icon TechNave BM

‘Game’ mudah alih Slam Dunk bakal dilancar, pra-pendaftaran kini dibuka

Peminat anime bola keranjang Slam Dunk bakal boleh memainkan sebuah game telefon pintar yang berkisarkan jalan cerita anime tersebut. Pemain boleh bermain bola keranjang sebagai karakter dalam anime tersebut dalam pelbagai mod, termasuk perlawanan biasa 5v5 atau perlawanan setengah gelanggang 3v3.

Pemain boleh memainkan Story Mode di mana game tersebut akan mengimbas kembali jalan cerita Slam Dunk bersama watak utama, Hanamichi Sakuragi. Watak-watak lain turut menampilkan kemahiran bola keranjang mereka sendiri untuk menumpaskan pasukan lawan.

Game yang dilesenkan secara rasmi oleh Toei Animation ini juga membenarkan para pemain untuk menubuhkan pasukan bersama rakan-rakan untuk melawan pasukan lain secara dalam talian. Antara mod bola keranjang yang terdapat dalam game ini adalah 3v3 setengah gelanggang, 3v3 gelanggang penuh, 2v2, 1v1 dan sudah tentu 5v5 gelanggang penuh seperti bola keranjang sebenar.

Pemain yang berminat boleh membuat pra-pendaftaran di Google Play Store. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk bermain game Slam Dunk dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Google Play

Exit mobile version