Site icon TechNave BM

Game terbaru yang mungkin hadir pada telefon pintar anda: Apex Legends

Siapa yang tidak mengenali EA, syarikat game yang terkenal dengan FIFA. Terkini, sumber melaporkan EA mengesahkan bahawa Apex Legends versi mudah alih (mobile) sedang dalam pembangunan.

Pembangunan Apex Legends versi telefon pintar itu adalah kolaborasi bersama rakan kongsi di China. Namun, kami masih tiada maklumat rasmi tentang pelancaran Apex Legend versi mudah alih ini.

Sepintas lalu, kita dapat melihat Call of Duty: Mobile dan beberapa game mudah alih lain yang berjaya menawan hati peminat. Mungkinkah Apex Legends bakal menandingi game-game terkenal di Malaysia seperti Mobile Legends, Call of Duty: Mobile atau PUBG?

Berikan pendapat anda di laman Facebook sekarang! Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita gaming terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version