Site icon TechNave BM

“Game” World of Warships lancarkan Rahmat Tier VI, kapal penjelajah Malaysia pertama

Wargaming, penerbit dan pembangun permainan video free-to-play berbilang pemain ala tentera laut World of Warships akan melancarkan rangkaian kruiser Pan-Asia Tier V-X baru dalam kemas kini kali ini. Selain daripada itu, para pemain boleh menyewa kapal super di dalam mod permainan Random Battles, Asymmetric Battles membuat kemunculan semula dan Gudang Senjata telah dilengkapi dengan beberapa penambahan terbaru.

Buat julung kalinya para pemain boleh mengemudi enam kruiser Pan-Asia iaitu kapal yang terkenal dengan meriam berkaliber kecil tetapi dengan kadar tembakan yang pantas dan torpedo laut dalam yang kuat. Ini termasuklah Tier VI Rahmat dari Malaysia.

Sumber (Source) terbaru ini boleh ditebus untuk pelbagai jenis penyamaran, kemas kini dan pakej yang tersedia secara berurutan bagi Tier VI Rahmat dan Tier VIII Harbin serta Tier IX Sejong dan kulit khas mereka. Dragon Port juga telah dikemaskinikan sempena acara ini!

Selaras dengan tema kruiser Pan-Asia, para pemain juga boleh meraikan Tahun Baru Cina dengan menyertai misi pertempuran bagi mendapatkan bendera, kotak istimewa dan pelbagai barangan lain yang bertema perayaan tersebut.

Dalam kemas kini 0.11.0, terdapat Token Portal bagi mendapatkan kulit (skin) Istana Jepun untuk Fuso eksklusif untuk para peminat World of Warships di dalam Twitch dan Discord serta pemain yang aktif merekrut pemain baru.

Mulai 19 Januari, Token Portal boleh dikumpul menerusi misi yang diumumkan melalui Twitch pada setiap minggu dan aktiviti Discord. Para pemain boleh menebus ganjaran bagi mendapatkan kulit atau membuka misi maraton yang menawarkan kulit sebagai hadiah utamanya.

Selepas menjalani pelbagai ujian samudera di dalam Ranked dan Co-op Battles, Kapal Super kini bersedia untuk menjalani fasa ujian baru yang lebih meluas lagi di dalam Random Battles menjadikan penambahan baru paling popular ini sebagai mod permainan tetap di dalam World of Warships.

Asymmetric Battles juga kini kembali. Mod pertempuran dengan jumlah kapal yang berbeza pada sesebuah pasukan telah menjalani beberapa perubahan sejak ketiadaannya. Ia kini mengandungi 6 hingga 8 kapal Tier IX dan X pada sebelah pasukan dan 9 hingga 12 kapal Tier VII dan VIII pada pasukan yang lain.

Butiran penuh mengenai kemas kini terbaru ini boleh didapati di sini bersama-sama dengan aset di sini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version