Site icon TechNave BM

Gameloft tawarkan 30 ‘game’ percuma sempena ulang tahun ke-20

Pembina game mudah alih terkenal, Gameloft, kini menyambut ulang tahunnya yang ke-20. Bagi memberi penghargaan kepada peminatnya yang menyokong syarikat itu selama ini, Gameloft telah menawarkan 30 game secara percuma dalam sebuah aplikasi khas.

Syarikat itu mengeluarkan Gameloft Classics, sebuah aplikasi koleksi game yang boleh dimuat turun dalam Play Store dan terdiri daripada 30 game popular oleh Gameloft sepanjang dua dekad lepas. Antara game yang disertakan adalah Modern Combat 2, Hero of Sparta, Motocross Trial Extreme, Block Breaker Deluxe 2, Avalanche Snowboarding dan banyak lagi.

Gameloft kini terkenal dengan francais Asphalt, siri game mudah alih tentang perlumbaan kereta. Tajuk terbaru, Asphalt 9, juga boleh dimainkan secara percuma namun pemain masih boleh membeli barang-barang istimewa dalam game tersebut.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan memuat turun Gameloft Classics dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Police

Exit mobile version