Site icon TechNave BM

Gamer Malaysia, Soloz beli kereta Mustang?

Jika anda terfikir ke manakah haluan seorang gamer tegar selama ini, berita ini mungkin menjawab persoalan anda. Terkini, sebuah akaun di laman Twitter telah mengongsikan gambar Instagram @sirhafizyusoff. Gambar tersebut memperlihatkan seorang gamer Malaysia seperti selesai melakukan urusan pembelian kereta.

Soloz atau nama sebenarnya Faris Zakaria terdahulu menyertai pelbagai temasya e-sukan yang dilangsungkan dari dalam dan luar negara. Gambar yang memaparkan Soloz seperti melakukan urusan membeli kereta Mustang itu tular sejak mula-mula ia dikongsikan.

Soloz turut memaparkan gambar yang sama dengan kapsyen ‘Ok selesai’ pada laman Instagramnya sendiri. Jika benar Soloz membeli sebuah Mustang, hal ini mungkin menjadi penanda aras bagi gamer sekalian untuk terus mengejar impian mereka.

Adakah anda juga salah seorang gamer tegar? Beritahu kami di laman Facebook jika berita ini menginspirasikan anda untuk lebih berjaya. Nantikan berita gaming terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: Laman Twitter @lawaktahapdewa | @sirhafizyusoff | @solozsoloz

Exit mobile version