Site icon TechNave BM

“Gamers” Malaysia boleh jadi pemain awal untuk Apex Legends Mobile

Game battle-royale mudah alih Apex Legends Mobile telah diumumkan pada April 2021 namun sehingga kini ia masih belum dilancarkan secara rasmi kepada orang awam. Kini, gamers tempatan yang berminat dengan game tersebut boleh menjadi antara orang terawal yang memainkannya.

Menurut EA, Apex Legends Mobile akan melaksanakan pelancaran terhad untuk rantau ini (limited regional launch) bermula minggu depan dan akan berlangsung sehingga bulan Jun. Pelancaran terhad ini akan berlaku dalam 10 negara terpilih iaitu Malaysia, Australia, New Zealand, Singapura, Filipina, Indonesia, Mexico, Peru, Argentina dan Colombia.

Sepanjang tempoh pelancaran terhad ini, pembina Apex Legends akan menguji pelbagai sistem dalaman game tersebut dan mendapatkan maklum balas daripada para pemain awal. Apabila pelancaran terhad bermula, pemain di negara terpilih boleh memuat turun game ini daripada Google Play Store atau Apple App Store.

Apex Legends Mobile akan menawarkan beberapa watak yang ditampilkan dalam Apex Legends asal iaitu Bloodhound, Gibraltar, Lifeline, Wraith, Bangalore, Octane, Mirage, Pathfinder dan Caustic. EA mengatakan lebih banyak watak dan kandungan akan ditawarkan pada masa hadapan.

Setakat ini, jenama telefon pintar Android yang boleh memainkan game Apex Legends Mobile hanya terhad untuk vivo, OPPO, HUAWEI, Motorola, Samsung, Lenovo dan Xiaomi.

Beritahu kami di Facebook jika anda ingin memainkan Apex Legends Mobile dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: EA

Exit mobile version