Site icon TechNave BM

“Games” dalam Google Play Store akan dilancar pada platform PC bermula tahun depan

Semasa acara Game Awards 2021, satu pengumuman yang mengejutkan telah dibuat oleh jurucakap Google. Syarikat itu mengatakan games yang terdapat dalam Google Play akan mendapat sokongan pada Windows 10 dan 11 mulai tahun hadapan.

Memandangkan Microsoft mempunyai perkongsian dengan Amazon untuk menyenaraikan aplikasinya di Gedung Microsoft Windows 11, ia hanya menunggu masa untuk Google turut serta. Sementara Microsoft dan Amazon secara rasmi mengumumkan perkongsian mereka, Google nampaknya mengambil peluang dengan mengumumkan berita ini secara sendiri.

Jurucakap itu tidak menjelaskan secara terperinci tetapi dia berkata bahawa games akan tersedia melalui aplikasi Google yang dibangunkan untuk platform Windows 10 dan 11. Sebagai contoh, anda boleh bermain game pada telefon Android dan menyambung sesi gaming tersebut pada komputer riba atau PC anda.

Seperti yang kami nyatakan, Google tidak mendedahkan banyak tentang integrasi ini tetapi ia mengatakan bahawa lebih banyak maklumat akan datang tidak lama lagi. Kami berharap usaha ini akan meluas ke kategori aplikasi lain dan semua game Google Play akan tersedia untuk PC.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: techradar

Exit mobile version