Site icon TechNave BM

‘Gaming controller’ DualSense PlayStation 5 jalani ujian SIRIM

Konsol gaming PlayStation 5 bakal dilancarkan pada akhir tahun ini dan kini media telah pun melaporkan bahawa gaming controller DualSense yang hadir bersama konsol tersebut sedang menjalani ujian pengiktirafan oleh institusi piawaian SIRIM.

Menurut Nextrift, controller tersebut sedang diuji di bawah nama model CFI-ZCT1G iaitu nama model sama yang digunakan untuk pengawal DualSense di negara-negara lain. Ini mungkin menunjukkan bahawa Malaysia adalah antara pasaran terawal yang menerima konsol tersebut selain Amerika, Jepun dan negara-negara Eropah.

Sebelum ini, Sony PlayStaton 5 telah diumumkan pada 12 Jun namun masih tiada butiran tentang harga atau tarikh penjualan konsol tersebut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Nextrift

Exit mobile version