Site icon TechNave BM

‘Gaming headphone’ Razer BlackShark V2 mula dijual di Malaysia hari ini pada harga RM599

Gamers di Malaysia hari ini boleh membeli gaming headphone terbaru daripada Razer iaitu Razer BlackShark V2. Headphone canggih ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih seperti TriForce Titanium 50mm Drivers, HyperClear Cardioid Mic dan pembatalan hingar pasif (passive noise cancellation) bagi memberikan pengalaman audio gaming yang lebih imersif untuk e-sukan.

TriForce Titanium Drivers dalam headphone ini dilengkapi dengan teknologi THX Spatial Audio iaitu teknologi bunyi 360 darjah yang memudahkan pengguna untuk mengenal pasti kedudukan musuh dan ancaman dalam game. Ia boleh digunakan untuk sumber audio stereo, saluran 5.1 atau 7.1.

Mikrofon HyperClear Cardioid dalam headphone ini pula boleh disambung dengan USB Sound Card untuk merakam audio yang lebih jelas tanpa banyak gangguan. USB Sound Card juga memberi pilihan untuk melaraskan audio dengan lebih banyak fungsi seperti Mic Boost, Microphone Equalizer, Ambient Noise Reduction dan banyak lagi.

BlackShark V2 juga bakal menyokong teknologi THX Game Profiles yang akan dilancarkan pada 6 Ogos, di mana headphone ini akan dilaraskan secara unik bagi setiap game untuk pengalaman audio yang terbaik. THX Game Profiles bakal mempunyai profil audio untuk 18 game paling popular pada waktu ini termasuk Counter-Strike: Global Offensive, Valorant dan Call of Duty: Modern Warfare (2019).

Ia akan mula dijual di Malaysia pada Isnin, 3 Ogos (hari ini) pada harga RM599. Pada waktu artikel ini ditulis, kami sedang dalam proses mengulas produk ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan gaming headphone ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version