Site icon TechNave BM

Gangguan perkhimatan kepada pelanggan Celcom di Pahang dan Terengganu

CelcomDigi ingin memaklumkan bahawa pagi ini telah berlaku satu kebakaran kecil yang mungkin menyebabkan gangguan perkhidmatan suara, SMS dan data kepada lebih kurang 210,000 pelanggan Celcom di Pahang dan Terengganu.

Syarikat itu telah mula memulihkan beberapa perkhidmatan seperti suara, SMS dan tambah nilai secara berperingkat dengan secepat mungkin. Maklumat lanjut mengenai pemulihan perkhidmatan akan dikongsikan dengan pelanggan dan orang awam melalui pelbagai saluran termasuk laman web dan platform media sosial CelcomDigi.

Pihak CelcomDigi memohon maaf kepada pelanggan atas sebarang kesulitan yang dialami. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version