Site icon TechNave BM

Gangguan rangkaian Celcom di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang kembali pulih

Cuaca yang tidak konsisten beberapa hari ini telah menyebabkan beberapa kawasan mengalami gangguan rangkaian. Kawasan yang mengalami gangguan ini adalah di sekitar kawasan Pantai Timur. Rangkaian Celcom dipercayai merupakan salah satu telco yang terganggu akibat dari musim hujan dan banjir ini. Celcom telah mengumumkan masalah gangguan rangkaian panggilan telefon, SMS dan servis data di laman sosial Twitternya pada pagi tadi. Walau bagaimanapun, pengemaskinian bebenang pada pengumuman tersebut telah dilakukan oleh Celcom untuk mengemaskini isu terbabit.

Celcom telah membaik pulih masalah rangkaian pada jam 12.30 tengah hari tadi dan pengumuman di laman sosial Twitter telah dilakukan kembali pada sekitar jam 2 petang tadi. Masalah gangguan rangkaian ini perlu dijadikan peringatan agar pengguna boleh berwaspada kerana masalah yang sama boleh terjadi lagi kepada rangkaian lain juga pada musim banjir ini. Terkini, banjir turut melimpahi sesetengah kawasan selatan Malaysia, Johor. Pastikan anda yang berada di kawasan banjir berada di tempat yang selamat untuk perlindungan.

Exit mobile version