Garmin Malaysia telah melancarkan vivofit jr. 3, seutas gelang tangan yang ditujukan kepada kanak-kanak. Garmin telah bekerjasama dengan Disney untuk menawarkan gelang tangan yang dihiasi dengan watak Black Panther, Iron Man, Disney Princess dan Disney The Little Mermaid.
Selain fungsi gelang tangan pintar yang biasa seperti meneliti tidur, langkah kaki dan senaman harian, vivofit jr. 3 boleh digunakan bersama aplikasi Garmin Jr. untuk melaksanakan senaman dengan lebih seronok. Gelang tangan ini juga adalah kalis air dan boleh memaparkan nombor telefon kecemasan jika pemakainya berada dalam situasi kecemasan.
vivofit jr. 3 juga boleh dipakai oleh ibu bapa untuk meneliti aktiviti anak-anak mereka, di mana ibu bapa boleh melihat corak tidur, jumlah waktu melihat skrin, aktiviti menarik serta memberi tugasan rumah kepada anak-anak.
Watak-watak Disney yang terdapat dalam vivofit jr. 3 juga boleh memotivasikan pemakainya untuk bersenam, di mana mereka perlu bersenam selama 60 minit untuk ‘mengembara’ dan ‘menewaskan musuh’. Gelang tangan ini boleh dibeli di kedai-kedai Garmin, AECO e-store, Lazada dan Shopee dengan harga RM390.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk Garmin ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

