Site icon TechNave BM

Garmin vívosmart 5 dilancar di Malaysia: Jejak tidur, degupan jantung & melihat mesej pada RM730

Hari ini, Garmin Malaysia telah melancarkan Garmin vívosmart 5 yang mempunyai ciri menjejaki tidur pengguna, degupan jantung, aktiviti harian atau untuk melihat mesej teks. vívosmart 5 merupakan peranti seterusnya setelah Garmin vívosmart 4 yang dilancarkan empat tahun lalu dengan reka bentuk, ciri dan keupayaan pengesanan yang dipertingkatkan.

Ia direka untuk pengguna yang memantau kesihatan mereka termasuk statistik kesihatan sepintas lalu untuk Pulse Ox, pemantauan degupan jantung 24/7, pemantauan tenaga Body BatteryTM, penjejakan tekanan sepanjang hari dan banyak lagi tanpa sebarang langganan.

Peranti ini juga sesuai digunakan untuk besukan dengan menyambungkannya kepada GPS dalam telefon pintar. Ia mampu untuk menjejaki jarak, rentak dan kelajuan dengan tepat semasa berjalan di luar, berlari dan menunggang basikal.

Ciri keselamatan dibina dengan hanya menekan butang selama beberapa saat untuk mengaktifkan amaran bantuan. Peranti akan menghantar mesej teks dengan lokasi pengguna kepada kenalan kecemasan yang ditetapkan.

Ia disokong oleh pemantauan degupan jantung 24/7 ElevateTM yang canggih di mana ciri ini akan memberi amaran kepada pengguna tentang kadar denyutan jantung yang tinggi dan rendah. Ia juga menjejaki Pulse Ox pada waktu malam, sepanjang hari atau atas permintaan serta pernafasan, tahap tenaga bateri badan, tekanan sepanjang hari, penghidratan dan kesihatan wanita.

Bentuknya membawa jalur bulat menampilkan paparan yang terang, 66% lebih besar dengan teks yang besar, antara muka skrin sentuh dan butang yang mudah digunakan. Ia juga kalis renang dan pancuran dengan hayat bateri sehingga 7 hari. Garmin vívosmart 5 tersedia dalam warna hijau pudina, putih pagi dan hitam malam.

Garmin vívosmart 5 boleh didapati pada harga runcit pada RM730 di Lazada, Shopee, kedai elektronik AECO, kedai Garmin Brand dan di semua peruncit sah. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version