Site icon TechNave BM

Geekbench dedahkan Samsung Galaxy Z Fold4 dilengkapi dengan Snapdragon 8+ Gen 1

Butiran mengenai Samsung Galaxy Z Flip4 dan Z Fold4 semakin banyak didedahkan dan kami masih tidak dapat sebarang kepastian. Kini, terdapat laporan baharu mengatakan Samsung Galaxy Z Fold4 telah muncul di Geekbench mengesahkan ia akan dilengkapi dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1. 

Ia telah memperoleh 1,351 mata dalam ujian teras tunggal dan 3,808 mata dalam ujian berbilang teras. Selain daripada itu, sumber telah mendedahkan bahawa peranti itu akan menggunakan Android 12 dan RAM 12GB. Ia mungkin membawa satu konfigurasi RAM dengan beberapa pilihan storan yang masih tidak diketahui.

Laporan juga mengatakan ia akan dilengkapi dengan engsel baharu dengan lipatan kurang ketara. Daripada segi saiz, ia mungkin menampilkan badan yang lebih lebar dan pendek berbanding Samsung Galaxy Z Fold3. Sementara itu, paparan dalaman akan menyertakan kamera bawah paparan yang dipertingkatkan. 

Peranti ini dijangka akan dilancarkan dalam bulan Ogos bersama Galaxy Z Flip4 dan Galaxy Watch 5. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version