Site icon TechNave BM

Gelang tangan pintar HUAWEI Band 4e dijual di Malaysia pada harga promosi RM69 sahaja

HUAWEI Malaysia akan melancarkan gelang tangan pintar HUAWEI Band 4e (Active) pada hari Jumaat, 19 Februari dengan harga RM119. Walau bagaimanapun HUAWEI akan menganjurkan promosi istimewa untuk pelanggan bertuah di mana produk tersebut akan dijual pada harga RM69 sahaja dan hanya akan ditawarkan pada 19 Februari.

Untuk mendapatkan promosi ini, pelanggan yang berminat perlu membeli produk tersebut pada harga asal di HUAWEI Store atau Lazada dan jika mereka bertuah, mereka akan menerima potongan harga sebanyak RM50.

Selain menampilkan fungsi kesihatan standard yang terdapat pada kebanyakan gelang tangan pintar lain, HUAWEI Band 4e mempunyai fungsi khas untuk sukan bola keranjang, basikal dan larian. Peranti ini mampu mengukur metrik unik untuk tiga sukan ini seperti corak hentakan dalam larian, kadar kayuhan basikal serta ketinggian lompatan dalam bola keranjang.

Layari laman web HUAWEI Malaysia untuk maklumat lanjut tentang promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version