Site icon TechNave BM

General Electric sedang hasilkan sensor telefon pintar yang dapat mengesan virus COVID-19!

Syarikat teknologi Amerika Syarikat, General Electric dilaporkan sedang menghasilkan sebuah sensor untuk telefon pintar yang boleh mengesan virus COVID-19. Mereka dikatakan telah mula menguji teknologi ini sejak beberapa tahun yang lepas.

Seperti yang sedia maklum, penyebaran virus COVID-19 telah menyebabkan jutaan kematian di seluruh dunia sejak awal tahun 2020. Berdasarkan sumber, General Electric telah mendapat geran dari Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat untuk menghasilkan sensor kecil yang boleh diletakkan di dalam telefon pintar.

Pada masa ini, teknologi ini masih lagi dalam fasa pembuatan. Ia dijangka akan mula berada di fasa akhir seawal tahun 2023. Pada 2023, virus COVID-19 ini mungkin telah dihapuskan melalui vaksin yang kini giat diberikan.

Namun, jangan risau kerana sensor ini juga boleh digunakan untuk mengesan virus lain seperti virus influenza. Jika teknologi ini tidak sempat untuk mengesan virus COVID-19, ia mungkin akan menjadi penyelamat untuk pandemik baru yang akan datang.

Berikan komen anda mengenai teknologi ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : AndroidHeadlines

Exit mobile version