Site icon TechNave BM

Gerak Khas terakhir akan disiar di TV3 bermula 4 Disember, bukan lagi di TV1

Rakyat Malaysia pastinya sudah sinonim the drama bersiri Gerak Khas yang pernah menempah nama di hati peminat suatu ketika dahulu. Siri terakhir drama kepolisan ini akhirnya hadir dengan nama Gerak Khas The Finale, bakal ditayangkan di TV3, bukan lagi di RTM TV1 seperti pada waktu dahulu.

Terdahulu, drama kepolisan kegemaran rakyat Malaysia ini disiarkan melalui RTM TV1. Kami tidak pasti mengenai sebabnya, namun siri Gerak Khas dilihat menampilkan barisan pelakon utama asal seperti Abby Abadi, Erra Fazira dan Datuk Yusof Haslam. Menurut sumber, ia bakal ditayangkan bermula 4 Disember ini, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 10.30 malam.

Adakah anda peminat siri Gerak Khas? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version