Site icon TechNave BM

Ginjal khinzir berjaya dipindahkan ke badan manusia buat kali pertama

Dunia perubatan digegarkan dengan kejayaan seorang doktor yang telah melakukan pemindahan ginjal pertama yang diubah suai secara genetik daripada babi kepada manusia hidup. Pembedahan selama empat jam itu dilakukan di Massachusetts General Hospital yang juga merupakan hospital pertama melakukan pemindahan buah pinggang pada tahun 1954.

Rick Slayman yang berusia 62 tahun telah disahkan menghidap penyakit buah pinggang peringkat akhir dikatakan semakin pulih dan dijangka keluar dari hospital tidak lama lagi. Doktor menyangka bahawa buah pinggang barunya boleh bertahan bertahun-tahun tetapi mengakui bahawa terdapat banyak perkara yang tidak diketahui dalam pemindahan haiwan ke manusia.

Slayman telah menjadi pesakit dalam program pemindahan hospital selama 11 tahun. Beliau sebelum ini menerima buah pinggang daripada penderma manusia pada 2018 selepas menghidap diabetes dan darah tinggi selama bertahun-tahun.

Buah pinggang itu mula menunjukkan tanda-tanda kegagalan selepas lima tahun kemudian dan beliau menyambung semula dialisis pada 2023. Apabila beliau disahkan menghidap penyakit buah pinggang peringkat akhir tahun lalu, doktornya mencadangkan agar mencuba buah pinggang babi.

Apakah pendapat anda tentang pemindahan organ antara dua spesis berlainan ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Harvard Medical School

Exit mobile version