Site icon TechNave BM

Go Shop lancarkan kempen Parent’s Day: Diskaun sehingga RM60 dan penghantaran percuma

Bersempena dengan Hari Ibu dan Bapa, Go Shop telah melancarkan kempen Parents’ Day yang akan berlangsung sehingga 18 Jun 2023 untuk para pelanggan menikmati diskaun hebat dan penghantaran percuma.

Antara produk yang ditawarkan termasuk barang kemas, produk kesihatan dari jenama Ogawa, Gintell, Cheongdam, Sothys, BiO-LiFE, Thomson, Biogreen, Kinohimitsu, Tomei dan banyak lagi. Pelanggan boleh menikmati penggunaan kod promosi LOVE12, LOVE35 atau LOVE60 tanpa had untuk mendapatkan potongan sehingga RM60 dan penghantaran percuma di seluruh Malaysia. 

Selain itu, pelanggan yang membeli-belah melalui aplikasi Go Shop boleh menikmati potongan sebanyak RM25 mulai 16 Mei hingga 18 Mei dengan perbelanjaan minimum RM200. Go Shop turut menyiarkan program eksklusif Geng Ayah Bonda di Astro Saluran 118 setiap hari Isnin, Rabu dan Ahad pada pukul 11 pagi untuk memaparkan produk-produk terlaris dan baharu daripada kempen ini.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen in dan lebih banyak tawaran menarik, anda boleh lawati laman web rasmi Go Shop di sini atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version