Site icon TechNave BM

GoCar luaskan lagi perkhidmatan ke 10 stesen MRT, mudahkan akses pengguna

Dalam usaha meningkatkan kemudahan orang ramai di Lembah Klang, GoCar Malaysia telah mengembangkan platform GoCar Sharing ke 10 stesen MRT terpilih. Pengembangan strategik itu bertujuan untuk menjadikan perkhidmatan perkongsian kereta lebih mudah diakses.

Ditawarkan untuk tempahan pergi balik, lokasi-lokasi MRT GoCar Sharing termasuk Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Sri Damansara Sentral, Kepong Baru, Sungai Buloh, Jinjang, Kuchai, Universiti Putra Malaysia (UPM), Taman Equine dan Putra Permai.

ModelJamHarian (Dynamic)
Kadar NormalKadar Promo dengan kod promo “YAY50”Kadar Normal HarianKadar Promo Harian dengan kod promo “YAY50”
Model Asas
Axia, Saga, Iriz, Myvi, etc
Bermula RM13.90Bermula RM6.95Bermula RM104Bermula RM52
Model saiz sederhana
Vios, City, Captur, dll
Bermula RM17.90Bermula RM8.95Bermula RM146Bermula RM73
MPV dan 4WD
Serena, Navara, dll
Bermula RM27.90Bermula RM13.95Bermula RM279Bermula RM139.50
Electric    
Nissan Leaf (EV)
RM17.90RM8.95Bermula RM146      Bermula  RM73
Electric    
Renault Zoe
RM23.90RM11.95Bermula RM209    Bermula RM104.50      

Menariknya, GoCar Sharing Round Trips menawarkan diskaun sebanyak 50% dengan kod promo “YAY50”. Lebih menarik lagi, promosi itu tiada had daripada segi perbatuan, diskaun maksimum dan penggunaan kod promo. Tawaran itu terpakai ke atas kenderaan-kenderaan terpilih dalam rangkaian GoCar termasuklah kereta elektrik kecuali Ora Good Cat.

Promosi eksklusif ini bermula dari sekarang hingga 15 Disember 2023. Untuk menempah GoCar Sharing Round Trip, muat turun aplikasi GoCar di sini. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi GoCar Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version