Site icon TechNave BM

“Google” adalah perkataan yang paling banyak dicari dalam enjin carian Microsoft Bing

Perkhidmatan enjin carian (search engine) Bing telah dibina oleh Microsoft bagi memberi saingan kepada dominasi Google dalam industri tersebut. Walau bagaimanapun, Bing gagal mendapat sambutan yang popular, malah perkataan yang paling banyak dicari dalam enjin carian itu adalah “Google”.

Perkara ini telah dinyatakan oleh peguam yang mewakili Google, sewaktu dalam sesi perbicaraan untuk membatalkan saman USD5 juta oleh Kesatuan Eropah (EU). Badan tersebut menyatakan Google telah menyalahgunakan monopolinya dalam industri enjin carian dan ingin memaksa ramai netizen untuk menggunakan enjin carian tersebut.

Sungguh pun begitu, peguam Google berhujah bahawa mereka tidak pernah memaksa netizen untuk menggunakan enjin carian Google. Sebaliknya, para netizen sendiri yang telah mengutamakan laman web Google secara suka rela, seperti yang boleh dilihat pada perkataan yang paling banyak dicari dalam Bing.

Ini menandakan bahawa majoriti netizen masih gemar menggunakan Google, walaupun jika pelayar web seperti Microsoft Edge akan menetapkan Bing sebagai enjin carian asal (default search engine). Semua komputer Windows dilengkapi pelayar web Microsoft Edge dan ini mungkin telah menyumbang kepada penggunaa Bing secara keseluruhan.

Perkataan lain yang paling kerap dicari dalam Bing adalah “google”, “youtube”, “facebook”, “gmail” dan “amazon.” Carian untuk “google” mengatasi perkataan seterusnya sebanyak 5 juta carian.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version