Site icon TechNave BM

Google akan berhenti jual iklan berdasarkan data carian anda di laman web

Anda mungkin tidak menyedarinya, tetapi anda sering mendapat paparan untuk menerima kuki (cookies) apabila melayari laman web tertentu. Perkara ini akan berubah kerana Google bakal menghentikan pengesanan kuki pengguna, sekaligus menghentikan pengiklanan berdasarkan sejarah carian anda di laman web.

Sudah beberapa tahun Google mengesan kuki untuk tujuan pengiklanan memandangkan ia adalah sebahagian dari perniagaan mereka. Penamatan alternatif ini mengubah cara perniagaan mereka, sekaligus bagaimana mereka akan menyesuaikan diri dengan produk web yang dikuasai oleh API berfokuskan privasi. Seperti yang diterangkan oleh Google, API berfokuskan privasi bakal mengelakkan pengesanan individu, tetapi masih memberi hasil carian untuk pengiklan atau penerbit.

Perubahan ini bakal hadir di Google Chrome dengan jangkaan bakal menuju jalan yang sama dengan Safari dan Firefox. Google menganggap ini pelayar mereka adalah web yang mengutamakan privasi dan berharap agar dapat menarik kembali kepercayaan pengguna. Tentunya, pengiklanan masih lagi berjalan seperti biasa, tetapi Google membina Privacy Sandbox yang menyembunyikan data individu dalam sekumpulan carian minat yang sama.

Apple sudah pun mengaplikasikan ciri yang berfokuskan privasi seperti ini. Kami berharap syarikat lain seperti Facebook juga mengikut jejak langkah ini. Kongsikan pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version