Site icon TechNave BM

Google akan meletakkan iklan di YouTube Shorts tidak lama lagi

Anda pasti ingin mengelakkan iklan semasa menonton YouTube Shorts, namun hal ini tidak akan berlaku. Menurut Android Central, YouTube sedang dalam proses menguji iklan pada platform Shorts mereka.

Google tidak mencapai matlamat pendapatannya untuk penggal pertama 2022, tetapi YouTube melihat sedikit peningkatan syarikat tersebut sebanyak 14% dalam hasil iklan. Oleh itu, Google berusaha untuk mengekalkan momentum pengiklanan. Ketua pegawai perniagaan Google, Phillip Shindler menyatakan bahawa YouTube akan mula menolak iklan di platform Shorts.

Shorts adalah seperti TikTok, video menegak yang dirakam dalam mod potret yang digunakan orang ramai untuk menyiarkan pelbagai kandungan dan inspirasi. YouTube akan menumpukan pada penawaran iklan untuk muat turun aplikasi buat masa ini. Syarikat pasti berkembang dengan lebih banyak jenis iklan pada masa hadapan.

Jika ini berlaku, kami akan mula melihat iklan pada platform yang diformatkan untuk orientasi potret. Maka, pengiklan perlu membuat iklan yang diformatkan khusus untuk Shorts. 

Buat masa ini, pengiklanan tidak akan berlaku dalam masa terdekat kerana ini masih di peringkat awal seperti dalam kenyataan Schindler. Kami menjangkakan untuk melihat beberapa jenis pengumuman daripada Google pasa masa akan datang.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber:  Android Headlines

Exit mobile version