Site icon TechNave BM

Google akan meletakkan tanda semak biru di sebelah hasil carian kelak

Google memudahkan pengguna mencari perniagaan dalam talian yang sah dengan menunjukkan tanda semak pengesahan biru di sebelah nama perniagaan dalam carian. Ikon pengesahan adalah serupa dengan yang kita lihat di laman media sosial seperti Instagram dan X. Ciri ini kini dalam fasa percubaan dan tidak tersedia secara meluas.

Laporan yang datang mengatakan tanda semak pengesahan biru tersebut akan muncul terutamanya di sebelah nama perniagaan besar seperti Meta, Nike, Amazon, Apple dan Samsung. Jurucakap Google memberitahu bahawa syarikat itu kerap bereksperimen dengan ciri yang membantu pembeli mengenal pasti perniagaan yang boleh dipercayai dalam talian.

Tidak jelas sama ada percubaan ini akan menjadi ciri lengkap. Tetapi kita dapat melihat impak positif yang boleh dibawa memandangkan bilangan perniagaan palsu wujud untuk mencuri maklumat pengguna.

Ia tidak diketahui sama ada tanda semak akan dihadkan kepada perniagaan rasmi atau boleh digunakan juga digunakan untuk perniagaan tempatan yang lebih kecil. Google tidak menjelaskan cara ia menentukan perniagaan yang sah tetapi mengesahkan bahawa proses itu melibatkan pengesahan manual.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version