Site icon TechNave BM

Google akan perkenalkan fungsi padamkan “search history” 15 minit yang lalu untuk telefon Android

Pada bulan Julai 2021, Google telah memperkenalkan fungsi pembuangan sejarah pencarian internet (search history) secara automatik untuk aplikasi Google dalam platform iOS. Apabila ia diaktifkan, fungsi tersebut akan membuang sejarah pencarian internet untuk tempoh 15 minit sebelumnya.

Sungguh pun begitu, Google masih belum melancarkan fungsi tersebut untuk telefon pintar Android. Menurut sebuah tulisan di laman blog Google, syarikat itu mengesahkan bahawa fungsi tersebut sepatutnya diperkenalkan untuk platform Android pada tahun 2021.

Sungguh pun begitu, seorang wakil Google memberitahu The Verge bahawa fungsi pemadaman pencarian internet secara automatik ini akan diperkenalkan untuk peranti Android dalam masa beberapa minggu lagi.

Fungsi pemadaman aktiviti pencarian internet untuk tempoh 15 minit lalu
Sejarah pencarian internet juga boleh dipadam secara automatik setiap 3, 18 atau 36 bulan

Ini adalah salah satu daripada beberapa fungsi baharu yang diperkenalkan oleh Google untuk melindungi data pengguna. Salah satunya adalah menyembunyikan aktiviti pencarian internet dalam sebuah peranti yang dikongsi, serta Google Safe Browsing, Privacy Checkup dan Security Checkup yang diperbaharui.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version