Site icon TechNave BM

Google akan perkenalkan lebih 1,000 emoji baru untuk Android 12

Sempena Hari Emoji Sedunia yang jatuh pada tarikh 17 Julai, Google telah mengumumkan rekaan baru untuk lebih 992 emoji bagi membuatkannya lebih mudah difahami oleh pengguna di seluruh dunia.

Antar emoji yang direka semula adalah emoji pai, di mana ia telah ditukar daripada sepotong pai kepada sebuah pai besar yang belum dipotong. Secara umumnya, emoji makanan telah direka semula agar ia nampak lebih menyelerakan.

Emoji dengan kepala yang memakai pelitup muka kini mempunyai mata yang normal untuk menggantikan kening merungut. Ini bagi mengurangkan stigma terhadap pemakaian pelitup muka di kawasan awam dan menggalakaan pemakaiannya sebagai satu tindakan yang elok.

Selain itu, emoji untuk lebuhraya juga telah diubah agar ia sesuai digunakan untuk negara yang memandu di sebelah kanan atau kiri jalan. Emoji kenderaan pula memaparkan saiz badan dan roda yang lebih besar agar ia boleh dilihat dengan lebih jelas.

Sesetengah emoji juga akan diubah jika mod gelap diaktifkan. Emoji-emoji baru ini akan diperkenalkan terlebih dahulu dalam Gmail, Google Chat, Chromebook dan YouTube. Ia juga dijangka akan diperkenalkan dalam Android 12 pada akhir tahun ini.

Kongsi pendapat anda tentang rekaan emoji baru ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Google

Exit mobile version